Umno LEBIH KUAT dari PAS.

Jumaat, 21 Mei 2010

Pas tidak boleh bekerjasama dengan parti lawan lebih kuat: Nik Aziz


2010/05/21

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata Pas tidak akan bekerjasama dengan Umno kerana parti lawan itu lebih kuat daripadanya.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan, berkata pengalaman lalu juga mengajar Pas supaya tidak mengulangi kesilapan bekerjasama dengan Umno sebelum disingkir daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).
"...kita ditendang begitu saja apabila kita tidak diperlukan. Pengalaman itu sudah cukup memberi pengajaran kepada kita, kita tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang lebih kuat daripada kita," kata Nik Abdul Aziz pada kuliah mingguannya, di sini hari ini.
Nik Abdul Aziz berkata, Pas mempertimbangkan faktor kekuatan setara itu berasaskan prinsip ''menang-menang'' yang hanya boleh dicapai jika kedudukan kedua-dua parti sama kuat.

"Islam mengajar supaya kita bekerjasama dengan pihak lawan, jika kedudukan kita sama kuat barulah kerjasama itu mencapai matlamat, kalau tidak kita mudah ditindas," katanya.

Beliau juga mempertahankan kerjasama Pas dan DAP yang disifatkannya telah banyak membantu masyarakat Cina memahami Islam dan tidak lagi menganggap masyarakat Islam sebagai golongan ekstremis.

DAP juga katanya, menerima Islam sebagai asas perjuangan Pas. - Bernama


KOMEN KAMI:-

BUKAN KAMI YANG CAKAP..NIK AZIZ YANG CAKAP..HAHAHA

Read more...

KLUSTER ILI DI GUNUNG MAS TAMPIN

Selasa, 11 Mei 2010

Empat kluster ILI di Selangor, Pahang, NS


2010/05/11

PUTRAJAYA: Empat kluster baru penyakit serupa Influenza (ILI) dilapor di tiga negeri iaitu Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan sehingga 8 pagi ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata empat kluster itu dilapor di Tadika Anak Riang, Puchong Jaya dan PLKN Jugra, Banting, Selangor, Kuarters Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Tekek, Rompin, Pahang dan kediaman di Taman Gunung Mas, Tampin, Negeri Sembilan.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, 83 kes (12.2 peratus) disahkan positif Influenza A (H1N1) dan bilangan yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 12 kes, tujuh daripadanya mempunyai faktor risiko.

Dr Mohd Ismail berkata, penularan jangkitan itu cukup mudah berlaku di tempat orang ramai berkumpul atau bersesak-sesak.

Beliau berkata, bagi mengekang penularan itu secara efektif, amat penting bagi mereka yang dijangkiti atau mempunyai gejala ILI seperti demam, batuk, selesema dan sakit tekak tidak pergi ke tempat sedemikian.
"Jika mereka mempunyai gejala ILI ini terpaksa keluar dan berhubungan dengan orang lain, mereka diminta sentiasa memakai penutup hidung dan mulut serta mengamalkan adab batuk dan kebersihan diri yang baik.

"Perkara ini amat penting bagi mengelakkan penyebaran virus kepada individu sihat yang lain," katanya.

Maklumat lanjut mengenai H1N1 boleh didapati menerusi laman web kementerian, di alamat http://h1n1.moh.gov.my atau menghubungi talian hotline 03-88810200/0300. - Bernama


KAMI DI PEMUDA UMNO BAHAGIAN TAMPIN MENASIHATKAN AGAR ORANG RAMAI KHUSUSNYA DI TAMPIN AGAR BERWASPADA SERTA MEMAKAI PENUTUP MULUT KETIKA MENGHADIRI MAJLIS ORANG RAMAI

Read more...

Selamat Ulang Tahun UMNO

Khamis, 6 Mei 2010

Selamat Menyambung Ulang Tahun UMNO yang ke 64 pada 11 Mei 2010. Selamat bersidang juga kepada semua ahli UMNO Bahagian Tampin.

Read more...

Tags

Site Info