Entri Khas Untuk Allahyarham Dato' Mohd Yassin bin Bakar.

Sabtu, 3 Julai 2010

Salam Perjuangan,

Hari ini kita cuba mengenang dan mengenal kembali kepada Ayahanda Dato' Yassin bin Bakar.Beliau adalah merupakan antara pemimpin Umno Bahagian Tampin yang paling lama berkecimpung dan aktif dalam bahagian Tampin ini.

Dato' Mohammad Yassin bin Bakar adalah mantan ADUN Gemas yang telah berkhidmat selama 18 tahun dari tahun 1986 sehingga pada tahun 2004.Beliau pernah memegang jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Tampin dan jawatan terakhir beliau di dalam Umno ialah Pengerusi Tetap Umno Bahagian.Di samping itu beliau juga merupakan Ahli Majlis Daerah Tampin sejak tahun 1986.

Di lahirkan di Gemas,Negeri Sembilan padan 7 Jun 1939,beliau merupakan anak kedua dari lima orang adik beradik.Ibu bapa beliau berasal dari Kampung Londah Gemas.Mendapat pendidikan Sekolah Melayu dan Sekolah Inggeris di Kuala Lumpur dan Selangor.Beliau menamatkan zaman bujangya dengan Datin Zauyah binti Mohamed pada thun 1965 dan dikurniakan lapan orang anak.

Beliau pernah berkerja di Jabatan Keretapi Tanah Melayu dan kemudian telah menceburkan dii dalam bidang perniagaan sebelum bertanding kerusi DUN Gemas pada tahun 1986.Sepanjang perkhidmatan beliau sebagai ADUN beliau juga pernah mewakili kerajaan Negeri Sembilan sebagai ahli lembaga pengarah syarikat Seremban Two Sdn. Bhd,Ayam NS Sdn Bhd dan Road Builder Sdn Bhd.

Mula aktif dalam politik sejak tahun 1962 dan dalam belia (MAYC) di Selangor pada tahun 1960.Dalam pergerakan belia beliau telah memegang pelbagai jawatan penting di peringkat daerah,negeri dan kebangsaan.Beliau juga telah mewakili persatuan dalam pelbagaii seminar antarabangsa seperti Unesco,World Association of Youth (WAY) dan Persidangan Ahli-ahli Parlimen Komanwel.

Beliau juga aktif dalam gerak kerja badan badan sukarela dan kebajukan sebagai Pengerusi atau Jawatan Kuasa Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Melayu Keretapi Semenanjung (PERKAP),Jawatankuasa Union,JKKK dan Nazir Masjid.

Sepanjang 48 tahun penglibatan beliau dalam politik dan belia,beliau telah dianugerahkan lima anugerah dan pingat yang mana dua daripadanaya dianugerahkan kerana mengenangkan jasa beliau di negeri Selangor dan negara.Beliau telah dianugerahkan Pingat Emas Jasa Cemerlang Belia MAYC (J.C) dan Pingat Emas Jasa Setia Selangor (JSS) pada tahun 1960 an.Beliau juga dianugerahkan Jaksa Pendamai (J.P), Darjah Setia Negeri Semblian (DNS) dan Darjah Dato' Setia Negeri Semblian (D.S.N.S) yang membawa gelaran Dato'.

Sepanjang bertugas sebagai ADUN beliau merupakan ADUN yang disenangi rakyat,kawan dan lawan.Beliau juga merupakan ADUN Gemas paling lama berkhidmat.Jasa-jasa beliau kepada Gemas dan Tampin akan sentiasa dikenangi oleh masyarakat.Akhir kata semoga Allah mencucuri rahmat Nya kepada beliau.

Read more...

Al Fatihah.

Khamis, 1 Julai 2010

Al Fatihah Kepada Ayahanda Dato' Yassin bin Bakar.Semoga roh beliau dicucuri rahmat.

Read more...

Tags

Site Info