Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Jumaat, 26 Februari 2010

Selamat Menyambut Maulidur Rasul Buat Umat Islam di Malaysia.Marilah kita berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W

Read more...

PENGUMUMAN

Khamis, 18 Februari 2010

Kejohanan FUTSAL Piala Ketua Pemuda Bahagian akan diadakan pada Bulan Mac ini.InsyaAllah.Maklumat lanjut akan di maklumkan kemudian.Sekian,terima kasih.

Read more...

Anwar Mengaku Salah?

Rabu, 17 Februari 2010

Anwar mengaku salah pilih calon

GEORGETOWN - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui beliau tersalah memilih beberapa calon bagi mewakili parti itu bertanding pada pilihan raya umum lalu.

“Calon bagi kerusi Parlimen saya yang pilih dan ketika itu PKR masih baru, jadi kita terpaksa ambil mereka,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran PKR, di sini, semalam.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang berkata, PKR akan lebih berhati-hati bagi memastikan calon yang dipilih bertanding pada pilihan raya umum akan datang tidak goyang, tetapi kuat dan bersih.

Minggu lepas, bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengisytiharkan keluar dari PKR dan menjadi Ahli Parlimen Bebas.

Beliau dilaporkan kecewa dengan kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan kesal dengan perjuangan PKR dalam pakatan pembangkang

Dalam pada itu, Anwar turut menyelar pihak yang didakwa cuba menjatuhkannya dengan menggunakan saluran tertentu bertujuan mengelirukan rakyat agar hilang kepercayaan terhadap beliau.

“Jangan ingat mereka guna mahkamah saya takut, saya akan terus memperjuangkan matlamat utama parti iaitu membela rakyat tidak mengira kaum dan bangsa kerana ini janji saya ketika mula pertubuhan PKR dulu.

“Saya juga ingin menegaskan di sini bahawa kami jentera penggerak parti termasuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng akan berjuang habis-habisan walau apa jua cabaran yang datang dan saya ingin memberi semangat kepada Guan Eng, jangan patah semangat walau apa jua yang dilakukan oleh UMNO dan BN,” katanya.

Menyentuh isu pentadbiran PR di negeri itu, Anwar berkata, beliau akan memberi sokongan penuh terhadap apa jua tindakan Guan Eng demi kepentingan rak- yat di negeri itu.

“Saya ingin mengatakan di sini, yang buat bising Melayu 15 hingga 20 orang sahaja, yang lain sudah boleh fikir, jadi kita tidak perlulah ambil pusing dengan mereka ini kerana apa yang penting adalah hak rakyat. Semasa pemerintahan BN dulu, rakyat kena tindas," katanya.

petikan dari sinar harian

KOMEN dari kami:-

Ya benar Anwar tidak maksum.Bukan satu sahaja kesilapan yang beliau buat.

Bukan setakat salah pilih calon sahaja.Perjuangannya juga salah.Dahulu kononnya menuntut keadilan untuk seluruh umat Malaysia.Tapi sebenarnya lebih menuntut keadilan untuk dirinya sahaja.Perjuangannya bukanlah untuk rakyat tapi lebih kepada cita cita beliau untuk menjadi Perdana Menteri.

Kuasa asing diminta untuk campur tangan oleh beliau.Ingatkah bagaimana Perak di jajah?Negeri Sembilan di jajah?Semuanya adalah di sebabkan perebutan kuasa dan atas dasar campur tangan kuasa Inggeris.Betullah kata Tun Dr Mahathir Melayu Mudah Lupa.Ini adalah salah sorang contoh terbaik.

Ingatlah Malaysia bumi merdeka kita TIDAK RELA DIJAJAH LAGI..sama ada dari bentuk fizikal, minda atau sebagainya..BANGKIT ANAK MUDA..BANGKIT BANGSAKU...

Read more...

Selamat Tahun Baru Cina

Ahad, 14 Februari 2010

Selamat Tahun Baru Cina Untuk Kaum Tiong Hua dan Rakyat Malaysia dari Pemuda Umno Bahagian Tampin.

Read more...

Tags

Site Info