Perutusan KP

Sabtu, 14 Februari 2009

Assalamualaikum dan Salam perjuangan kepada pergerakan pemuda yang menjadi benteng kepada Agama,Bangsa dan Negara dulu,kini dan selamanya.

Pemuda Umno yang saya kasihi,

Terlebih dahulu, saya mewakili barisan kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tampin (PPUBT)bagi sesi 2008-2011 merakamkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan dan saudara-saudara atas kepercayaan dan amanah yang diberikan kepada kami untuk meneruskan tradisi perjuangan pemuda membela Agama, Bangsa dan Negara.

Tahniah diucapkan kepada Biro Unit Media Baru Bahagian Tampin membangunkan Laman Blog PPUBT ini, ianya ternyata terbukti bahawa kita juga telah maju setapak dalam usaha mengembangkan lagi dasar perjuangan PPUBT dengan memanfaatkan sepenuhnya kemajuan teknologi masa kini. Kita juga berharap agar usaha awal PPUBT ini menjadi perintis dalam membudayakan penggunaan teknologi maklumat atau ICT dikalangan Pemuda UMNO.

Pihak Pembangkang banyak menggunakan atau menyalahgunakan saluran ICT ini dengan menyebarkan fitnah, salah fakta serta penyebaran fahaman mereka yang kebanyakannya berupa hasutan dan membawa budaya tidak sihat kepada golongan muda. Justeru itu, kita menggalas tugas ini dengan menangkis anasir-anasir ini bersesuaian dengan cara mereka (blog, laman web, forum dan lain-lain) yang seterusnya menegakkan kebenaran dan memberikan fakta yang betul disamping menyatakan pendapat yang jitu.

Selain itu, laman blog ini dibangunkan dengan tujuan untuk memberi peluang kepada ahli-ahli UMNO (khususnya golongan muda) dan masyarakat mendapatkan maklumat dan penjelasan daripada UMNO Bahagian Tampin sendiri. Di sini juga dimuatkan artikel artikel dan hasil nukilan daripada kami.Kami juga mengalu-alukan sebarang komen,cadangan dan artikel untuk dimuatkan kedalam blog ini.

Semoga dengan pembangunan Laman Blog Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tampin ini akan dapat menjadi platform kepada masyarakat di peringkat akar umbi untuk berinteraksi dan seterusnya merapatkan jurang yang terbentang.

Akhir kalam,marilah kita menjunjung tradisi dan menzahir perubahan.

Wassalam

1 comments:

Kueh Seri Muka 15 Mac 2010 12:36 PG  

Tahniah dengan kewujudan blog Pemuda UMNO Bahagian Tampin..Diharapkan ia dapat menjadi medan menangkis dakyah tidak benar yang dilemparkan oleh segelintir individu..teruslah berada di landasan perjuangan..

Catat Komen

Tags

Site Info