Melayu Berpecah Angkara Siapa?
Selasa, 9 Mac 2010
Salam Perjuangan,
Firman Allah SWT,dalam surah As-Saff ayat ke empat "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuan di jalan Nya,dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti satu ' bun ya-nun marsus' yakni bangunan yang tersusun kukuh"
dan pesan daripada Saidina Ali:- Sesuatu yang benar dan hak namun tidak tersusun akan dikalahkan oleh yang batih dan salah,tetapi diatur dengan tersusun.
Pernahkah kita terfikir kita umat Melayu dan Islam tidak kira apa ideologi politik merupakan bersaudara, berkiblatkan yang sama, bertuhankan Allah dan melafaz ikrar syahadah yang sama.Tetapi kenapa disebabkan idea politik yang berbeza kita harus berpecah belah?
Saya pernah teringat kata-kata seorang penyokong parti PAS yang saya kenali, beliau berkata "Umno perjuangkan bangsa sedangkan PAS perjuangkan Agama".Maka atas dasar perjuangan berbezakah perlu kita berpecah?
Harus diingat mengikut perlembagaan Persekutuan maksud ciri ciri seorang Melayu itu adalah seorang yang beragama Islam,berbahasa Melayu dan mengamalkan cara hidup dan adat resam Melayu.Jadi bangsa Melayu mestilah Islam.Maka jikalau memperjuangkan bangsa Melayu kita memperjuangkan Agama Islam,Bahasa Melayu dan adat resam Melayu.
Maka tiada sebab orang yang menyokong Umno dan Pas perlu bertelagah kerana perjuangannya sebenarnya atas dasar yang sama.PKR pula asas perjuangannya untuk membentuk sebuah negara yang adil dan jikalau kita baca matlamat dan asas perjuangannya
Mendaulatkan Islam sebagai agama Persekutuan sambil menjamin hak bukan Islam untuk beragama dan berfikir, dan untuk memperkembangkan peranan agama dan nilai-nilai sejagat demi menegakkan kebenaran, keadilan, tatacara berakhlak, kemanusiaan dan kemuliaan insan.boleh rujuk http://www.keadilanrakyat.org/index.php?option=com_content&view=article&id=162&Itemid=307&lang=en.

Juga untuk mendaulatkan agama Islam.
Perjuangan dan asasnya sama,cuma bezanya atas nama.Kenapa berpecah?Semuanya atas kuasa?Atau angkara seseorang?Atau adanya "firaun kecil" dalam masyarakat Melayu?
Mari kita bermuhasabah diri,mari kita mengenang asal usul kita.Mari kita mencari jawapan dalam persoalan ini.Saya percaya jawapan ada pada diri anda.
Mari kita bermuhasabah diri,mari kita mengenang asal usul kita.Mari kita mencari jawapan dalam persoalan ini.Saya percaya jawapan ada pada diri anda.
1 comments:
Punco perpecahan adalah kerano pemimpin tamakkan kuaso, walaupun mereka tahu bahawa mereka tidak berupaya utk memimpin, mereka hanya rebut kuaso untuk jadi popular untuk jadi kayo, tetapi bukan untuk membina bangsa, malah mereka2 lah yang menghancurkan kepercayaan orang melayu kepada perjuangan UMNO itu sendiri. Bak kato pepatah orang tuo2 Orang Tamak Selalu Rugi. Pemuda2 Tampin diperingkat cawangan banyak yang terabai tanpa dibimbing. Ado cawangan yang tiada langsung perkembangan, malah semakin kehilangan orang2 mudo...renung2kanlah....
Catat Ulasan