Facebook?Blog?Twitter?

Ahad, 21 Mac 2010

Assalamualaikum wbt.

Saya agak tertarik dengan blog tampin oh tampin,gotah lantun yang menyuarakan pendapat mereka tentang "facebook,blog dan twitter".

Sindrom bloggers,facebook dan twitter kini menjadi satu sindrom masyarakat Malaysia, apatah terdapat banyak iklan dalam media massa mengetengahkan facebook ini.

Untuk pengetahuan rakan-rakan sebelum wujudnya facebook ini telah wujud beberapa laman sosial bergini seperti friendster,myspace dan lain lain.

Disebabkan facebook ini mesra pengguna maka ramai yang memilih facebook dan aplikasinya yang agak banyak.

Persoalannya perlukah pemimpin ini memerlukan facebook,twitter dan blog?Adakah ini cara terbaik untuk masyarakat Tampin khususnya?

Kadar lawatan sehari untuk laman blog pemuda umno tampin ini sendiri bukanlah boleh dikatakan mencapai satu hit yang membanggakan.Sekali lagi persoalannya kenapa?
Ini mungkin disebabkan penggunaan internet masyarakat Tampin yang tidak begitu ramai.

Pemuda Umno Tampin khususnya mencari ramai warga Tampin dalam facebook untuk menjadi rakan mereka dalam facebook.Ini adalah untuk lebih mudah bagi kami di Pemuda Umno Tampin untuk berinteraksi dengan mereka.

Tetapi adalah tidak begitu ramai masyarakat di Tampin menggunakan facebook.Kenapa?
Adakah masyarakat Tampin tidak celik IT?Atau masyarakat di Tampin tidak mampu menggunakan prasarana IT?Hanya baru-baru ini sahaja baru sahaja saya berjumpa dengan rakan-rakan di Tampin yang menggunkan facebook bukan seperti tiga tahun sebelum ini.

Untuk pengetahuan bro T(dari Tampin oh Tampin ) dan bro Gotah Lantun, maklumat tentang YB Dato' Zainab sentiasa dikemaskini di Laman Webnya http://www.ns.gov.my/ybzainab/
(atau boleh klik pada gambar beliau di Laman web kami).

Hakikatnya berapa ramai yang tahu dan mahu tahu tentang kewujudan laman web itu?
Jadi perlukah pemimpin Tampin ini perlu facebook,twitter dan blog?Luahkan pendapat anda,kami ingin mendengar.

1 comments:

gotahlantun 21 Mac 2010 pada 3:39 PTG  

Salam,

tq, kerana sudi melawat laman gotahlantun dan tahniah diatas tindakan yang diambil Unit Media dan PUT untuk kemajuan masa depan Tampin dan pemimpinnya.

Memang benar jika memfokuskan perhubungan alam maya ini hanya untuk sekitar Tampin berkemungkinan dapat diakses oleh orang tertentu sahaja.

Tetapi MP kita, Tok Man bukan seperti yang biasa, beliau saorang Menteri, One Malaysia nak tau perkembangan dan pelbagai isu dibawah pentadbiran dan kementerian beliau.
Sedikit sebanyak pelbagai rumusan dan cadangan boleh diutarakan, lebih2 lagi kepentingan pendapat dari golongan muda yang mesti diambil perhatian dan pertimbangan untuk kebaikan Tampin dan negara.

Untuk memberi kesedaran kepada golongan muda Tampin betapa betapa seronoknya bila berada dialam maya, PUT mestilah perbuat sesuatu bagi merancakan alam maya Tampin.

Gotahlantun dan rakan BPN akan sedia membantu. InsyaAllah.

Catat Ulasan

Tags

Site Info