Facebook?Blog?Twitter?

Ahad, 21 Mac 2010

Assalamualaikum wbt.

Saya agak tertarik dengan blog tampin oh tampin,gotah lantun yang menyuarakan pendapat mereka tentang "facebook,blog dan twitter".

Sindrom bloggers,facebook dan twitter kini menjadi satu sindrom masyarakat Malaysia, apatah terdapat banyak iklan dalam media massa mengetengahkan facebook ini.

Untuk pengetahuan rakan-rakan sebelum wujudnya facebook ini telah wujud beberapa laman sosial bergini seperti friendster,myspace dan lain lain.

Disebabkan facebook ini mesra pengguna maka ramai yang memilih facebook dan aplikasinya yang agak banyak.

Persoalannya perlukah pemimpin ini memerlukan facebook,twitter dan blog?Adakah ini cara terbaik untuk masyarakat Tampin khususnya?

Kadar lawatan sehari untuk laman blog pemuda umno tampin ini sendiri bukanlah boleh dikatakan mencapai satu hit yang membanggakan.Sekali lagi persoalannya kenapa?
Ini mungkin disebabkan penggunaan internet masyarakat Tampin yang tidak begitu ramai.

Pemuda Umno Tampin khususnya mencari ramai warga Tampin dalam facebook untuk menjadi rakan mereka dalam facebook.Ini adalah untuk lebih mudah bagi kami di Pemuda Umno Tampin untuk berinteraksi dengan mereka.

Tetapi adalah tidak begitu ramai masyarakat di Tampin menggunakan facebook.Kenapa?
Adakah masyarakat Tampin tidak celik IT?Atau masyarakat di Tampin tidak mampu menggunakan prasarana IT?Hanya baru-baru ini sahaja baru sahaja saya berjumpa dengan rakan-rakan di Tampin yang menggunkan facebook bukan seperti tiga tahun sebelum ini.

Untuk pengetahuan bro T(dari Tampin oh Tampin ) dan bro Gotah Lantun, maklumat tentang YB Dato' Zainab sentiasa dikemaskini di Laman Webnya http://www.ns.gov.my/ybzainab/
(atau boleh klik pada gambar beliau di Laman web kami).

Hakikatnya berapa ramai yang tahu dan mahu tahu tentang kewujudan laman web itu?
Jadi perlukah pemimpin Tampin ini perlu facebook,twitter dan blog?Luahkan pendapat anda,kami ingin mendengar.

Read more...

Zulkifli Nordin Pelampau Agama?

Rabu, 10 Mac 2010

Gerakan gesa Umno, BN jangan terima Zulkifli


GEORGETOWN: Gerakan Pulau Pinang menggesa kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak menerima Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang disingkirkan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabtu lalu, sebagai anggotanya.

Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr Teng Hock Nan, berkata Zulkifli yang kini menjadi Ahli Parlimen Bebas, dilihat sebagai seorang pelampau agama dan racis.

"Beliau disingkirkan oleh PKR kerana tidak bersedia menerima kepelbagaian bangsa.

"Menerima beliau masuk Umno dan BN tidak akan mencerminkan BN sebagai sebuah parti campuran pelbagai bangsa yang sederhana berkhidmat bagi kepentingan semua rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Teng, yang juga Naib Presiden Gerakan, berkata Zulkifli telah mengetuai satu bantahan yang sangat bising untuk mengganggu Forum Masuk Islam Majlis Peguam di sini pada 9 Ogos, 2008.

Beliau berkata Gerakan agak "cemas" dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pintu Umno "sentiasa terbuka" kepada sesiapa yang ingin menjadi anggotanya termasuk Zulkifli.

Dr Teng berkata BN pada amnya dan khasnya Umno janganlah menerima pelampau agama dan perkauman dalam kumpulannya.

- Bernama

sumber dari Berita Harian Online


Komen saya:-

  1. Saya tersenyum melihat kenyataan Dr Teng.Dari kenyataan Dr Teng itu saya percaya Dr Teng pasti bukannya seorang yang "racist".
  2. Jikalau Dr Teng,bukan seorang yang tidak "racist",saya percaya Dr Teng,pasti akan menyokong jikalau Malaysia menggunakan satu aliran persekolahan sahaja, yakni tiada SRKJ (C) atau SRKJ (T).
  3. Atau mungkin juga Dr Teng menjadi orang yang paling ke hadapan untuk menentang sekolah satu aliran itu.
  4. Pada pendapat saya, apa yang di lakukan oleh Zulkifli Nordin bukanlah sesuatu yang boleh dianggap racist.Bagi saya ia lebih merupakan mempertahankan dan mendaulatkan Agama Islam itu sendiri dan lebih-lebih lagi dalam konteks penggunaan kalimah Allah.
  5. Saya percaya jikalau Zulkifli Nordin itu racist sudah awal awal lagi dia tidak menyertai PKR.Bukankah PKR itu sebuah parti yang terbuka untuk semua bangsa.
  6. Saya juga bukan untuk mengangkat Zulkifli Nordin itu sebagai hero.Tetapi di dalam hati ini terdapat kegembiraan kerana beliau dengan sungguh mempertahankan akidahnya sebagai seorang Islam.
  7. Cuba kita renungkan kembali, jikalau seorang Melayu cuba mempertahankan maruah bangsa dan agamanya maka dia dianggap racist.Bagaimana jika seorang Bukan Melayu mempertahankan Agama,Bangsa,Budaya atau Bahasa Mereka?Bolehkah mereka itu dianggap racist.
  8. Jawapannya tidak.Ini adalah kerana telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, di mana kita boleh mengambil contoh tentang kebebasan beragama di Malaysia.(Sila rujuk Perlembagaan Malaysia untuk lebih lanjut)
  9. Buat Dr Teng, janganlah cemas, Zulkifli Nordin dan orang sepertinya bukanlah Pelampau Agama dan Perkauman.Jikalau beliau seorang pelampau agama saya percaya beliau pasti sudah melanggar Anwar Ibrahim dengan motorsikal kuasa besarnya.
  10. Buat Zulkifli Nordin,saya ucapkan tahniah kerana telah di pecat dari Parti Keadilan Rakyat.Sesungguhnya parti itu pastinya teramat adil dan menyanjung keadilan kerana memecat anda.

oleh Muhammad Hafez bin Hezmi

Read more...

PROGRAM BIRO ADUAN AWAM PEMUDA UMNO TAMPIN DI KG LONDAH







Sekitar lawatan ke rumah warga emas dan golongan kurang upaya.



Read more...

Melayu Berpecah Angkara Siapa?

Selasa, 9 Mac 2010

Salam Perjuangan,


Firman Allah SWT,dalam surah As-Saff ayat ke empat "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuan di jalan Nya,dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti satu ' bun ya-nun marsus' yakni bangunan yang tersusun kukuh"


dan pesan daripada Saidina Ali:- Sesuatu yang benar dan hak namun tidak tersusun akan dikalahkan oleh yang batih dan salah,tetapi diatur dengan tersusun.


Pernahkah kita terfikir kita umat Melayu dan Islam tidak kira apa ideologi politik merupakan bersaudara, berkiblatkan yang sama, bertuhankan Allah dan melafaz ikrar syahadah yang sama.Tetapi kenapa disebabkan idea politik yang berbeza kita harus berpecah belah?


Saya pernah teringat kata-kata seorang penyokong parti PAS yang saya kenali, beliau berkata "Umno perjuangkan bangsa sedangkan PAS perjuangkan Agama".Maka atas dasar perjuangan berbezakah perlu kita berpecah?


Harus diingat mengikut perlembagaan Persekutuan maksud ciri ciri seorang Melayu itu adalah seorang yang beragama Islam,berbahasa Melayu dan mengamalkan cara hidup dan adat resam Melayu.Jadi bangsa Melayu mestilah Islam.Maka jikalau memperjuangkan bangsa Melayu kita memperjuangkan Agama Islam,Bahasa Melayu dan adat resam Melayu.


Maka tiada sebab orang yang menyokong Umno dan Pas perlu bertelagah kerana perjuangannya sebenarnya atas dasar yang sama.PKR pula asas perjuangannya untuk membentuk sebuah negara yang adil dan jikalau kita baca matlamat dan asas perjuangannya
Mendaulatkan Islam sebagai agama Persekutuan sambil menjamin hak bukan Islam untuk beragama dan berfikir, dan untuk memperkembangkan peranan agama dan nilai-nilai sejagat demi menegakkan kebenaran, keadilan, tatacara berakhlak, kemanusiaan dan kemuliaan insan.boleh rujuk http://www.keadilanrakyat.org/index.php?option=com_content&view=article&id=162&Itemid=307&lang=en.

Juga untuk mendaulatkan agama Islam.


Perjuangan dan asasnya sama,cuma bezanya atas nama.Kenapa berpecah?Semuanya atas kuasa?Atau angkara seseorang?Atau adanya "firaun kecil" dalam masyarakat Melayu?

Mari kita bermuhasabah diri,mari kita mengenang asal usul kita.Mari kita mencari jawapan dalam persoalan ini.Saya percaya jawapan ada pada diri anda.


Read more...

KEKELIRUAN TENTANG QAZAF: SATU PENJELASAN

Isnin, 8 Mac 2010

Berpandukan pandangan Ulama Muktabar.

Soalan 1 : Apakah pengertian qazaf?

Jawapan : Para ulama berbeza pendapat dalam mendefinisikan qazaf seperti berikut:

i. Menurut Mazhab Syafie, Maliki, Hambali dan pegangan dua murid kanan Imam Abu Hanifah¹, iaitu Imam Abu Yusuf dan Imam Muhammad, qazaf ialah 'menuduh seseorang melakukan zina atau liwat'².

ii. Pada pandangan Imam Abu Hanifah, qazaf ialah 'menuduh seseorang melakukan zina sahaja'³. Justeru, menurut beliau, perbuatan menuduh seseorang melakukan liwat, tidak boleh dikenakan hukuman qazaf ⁴. Hukumannya ialah ta’zir⁵.

Soalan 2 : Adakah seseorang yang mengadu dirogol atau diliwat, boleh dikenakan hukuman qazaf?

Jawapan : Seseorang yang mengadu dirogol atau diliwat, TIDAK BOLEH dikenakan hukuman qazaf apabila dia dapat membawa empat orang saksi⁶. Dalam keadaan ini, hukuman hudud akan dijatuhkan ke atas perogol atau peliwat⁷, bukannya pengadu.

Soalan 3 : Apabila mangsa rogol atau liwat membuat aduan rogol atau liwat, tetapi TIDAK DAPAT membawa empat orang saksi, adakah akan dikenakan hukuman qazaf?

Jawapan : Apabila mangsa rogol atau liwat membuat aduan, tetapi TIDAK DAPAT membawa empat orang saksi, hendaklah dilihat :

i. Jika dia tidak dapat membawa sebarang bukti⁸ yang menunjukkan dia dirogol atau diliwat, dia akan dikenakan hukuman qazaf kerana telah menuduh orang lain berzina atau meliwat tanpa sebarang bukti.
Firman Allah⁹, “Dan orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan yang baik-baik, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima penyaksian mereka selamanya; dan mereka adalah orang yang fasik”.

ii. Jika dia membawa bukti yang menunjukkan berlakunya kejadian rogol atau liwat, dia akan dibebaskan dan tidak dikenakan hukuman qazaf¹⁰.

Soalan 4 : adakah ini bermakna seseorang yang mengadu dirogol atau diliwat oleh seseorang yang lain, tanpa membawa empat orang saksi, TIDAK terus dikenakan hukuman qazaf?

Jawapan : Ya. Seseorang yang mengadu dirogol atau diliwat oleh seseorang yang lain, TIDAK terus dikenakan hukuman qazaf walau pun gagal membawa empat orang saksi.

Berdasarkan keterangan ulama, boleh disimpulkan, setiap aduan rogol atau liwat perlu melalui proses berikut:

i. Pihak berkuasa perlu mengumpul bukti-bukti yang menunjukkan mangsa betul-betul dirogol atau diliwat;

ii. Apabila terdapat bukti yang menunjukkan pengadu memang dirogol atau diliwat, pengadu akan dibebaskan tanpa dikenakan sebarang hukuman¹¹;

iii. Jika pengadu tidak mampu mengemukakan sebarang bukti, atau pihak berkuasa tidak menemui apa-apa bukti yang menunjukkan pengadu betul-betul dirogol atau diliwat, pengadu boleh dikenakan hukuman qazaf. Ini kerana pengadu tersebut telah menuduh seseorang melakukan zina atau liwat tanpa sebarang bukti.

Dalil kenyataan-kenyataan di atas ialah keterangan Imam Abd al-Bar. Beliau menyatakan:
Para ulama telah berijma’¹² bahawa perogol [dikenakan]¹³ keatasnya [hukuman] hudud jika terdapat bukti yang mensabitkan [hukuman] hudud [ke atasnya]¹⁴ atau dia mengakuinya¹⁵. Jika tidak ada [bukti yang boleh mensabitkan hukuman hudud], maka [dikenakan] ke atasnya¹⁶ hukuman¹⁷ dan tiada sebarang hukuman ke atasnya¹⁸ apabila terbukti bahawa dia¹⁹ memaksa dan mendesaknya²⁰ [melakukan zina tanpa kerelaannya]. [Wujudnya paksaan melakukan zina] itu diketahui dengan [adanya kedengaran] tempikan [mangsa], [suaranya] meminta pertolongan dan jeritannya, serta [diketahui wujudnya paksaan melakukan zina apabila dikenal pasti] dia seorang gadis, yang boleh diketahui melalui darahnya²¹ dan seumapanya yang boleh menerangkan keadaannya [bahawa dia dipaksa]²² ...Kami tidak mengetahui [wujudnya] sebarang khilaf²³ di kalangan ulama bahawa [wanita] yang dipaksa [melakukan zina] tiada [sebarang hukuman] hudud²⁴ [dikenakan] ke atasnya apabila terbukti [wujudnya] paksaan [keatas] nya dengan [bukti-bukti seperti yang] kami sebutkan dan [yang] seumpamanya”

Soalan 5 : Apakah bukti yang boleh digunakan bagi menunjukkan berlakunya jenayah rogol atau liwat?

Jawapan : Seperti yang disebutkan oleh sesetengah ulama zaman silam²⁵, bukti tersebut seperti:

i. Mangsa datang melapor kes rogol atau liwat sambil berpaut pada tertuduh dalam keadaan kemaluannya berdarah jika dia seorang gadis;

ii. Mangsa didengari berteriak meminta tolong; atau

iii. Tertuduh dilihat membawa masuk mangsa ke dalam rumahnya²⁶ secara paksa.
Pada zaman sekarang, kajian saintifik boleh digunakan sebagai bukti kes rogol atau liwat seperti laporan perubatan, ujian DNA, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan sebagainya.

Soalan 6 : Apakah dalil yang menunjukkan bahawa mangsa rogol atau liwat, tidak dikenakan hukuman qazaf bila menuduh seseorang merogol atau meliwatnya dengan membawa bukti seperti yang dinyatakan?²⁷.

Jawapan : Dalilnya iala keterangan Imam al-Baji²⁸. Beliau berkata :
“Jika kedua-dua³⁰ orang [saksi] tidak melihatnya³¹ dipaksa [melakukan persetubuhan] dan [tidak juga menyatakan] kemungkinan dia dipaksa [melakukan persetubuhan]³², tetapi dia datang [kepada pihak berkuasa] sambil berpaut padanya³³ dalam keadaan berdarah³⁴ jika dia [seorang] gadis, atau [datang sambil berpaut pada tertuduh dalam keadaan] tidak berdarah jika dia seorang janda... maka dalam kitab Ibn al-Mawaz [yang memetik] daripada Abdul Malik dan [ulama-ulama] selainnya, [dinyatakan bahawa] “dia tidak dikenakan [hukuman] hudud³⁵ disebabkan tuduhannya ke atasnya³⁶”.

Soalan 7 : Jika mangsa rogol atau liwat tidak mampu mendatangkan empat orang saksi, tetapi dapat membawa bukti-bukti seperti yang dinyatakan³⁷, bagaimana dengan tertuduh?

Jawapan : Jika mangsa dapat mengemukakan bukti-bukti yang menunjukkan dia dirogol atau diliwat, tertuduh dikenakan hukuman seperti berikut:

i. Membayar wang dalam jumlah yang sama dengan mas kahwin semasa kepada mangsa³⁸. Hukuman ini dikenakan dengan dua syarat, iaitu terdapat saksi yang melihat tanda-tanda berlakunya jenayah rogol atau liwat³⁹; dan mangsa bersumpah bahawa dia telah dirogol⁴⁰.

ii. Hakim boleh mengenakan hukuman ta’zir-iaitu hukuman yang diserahkan kepada budi bicara hakim-ke atas tertuduh seperti hukuman denda, penjara, sebat, buang daerah dan sebagainya.

iii. Hukuman ta’zir wajib dikenakan ke atas setiap individu yang melakukan maksiat yang tidak ditentukan hukumannya oleh syarak⁴¹.

[PERBICARAAN KES QAZAF MENURUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN UNDANG-UNDANG SYARIAH MALAYSIA]

Soalan 8 : Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, mahkamah manakah yang mempunyai kuasa membicarakan kes rogol atau liwat?

Jawapan : Menurut Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, kes yang tidak melibatkan Undang-undang Keluarga Islam, dan kes tersebut berada di bawah kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, mahkamah yang berhak membicarakannya ialah mahkamah sivi atau jenayah, bukannya Mahkamah Syariah.

Soalan 9 : Mengikut Undang-Undang Syariah di Malaysia, adakah mangsa yang mengadu dirogol atau diliwat, akan dikenakan hukuman qazaf apabila gagal membawa empat orang saksi?

Jawapan : Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkan kesalahan qazaf HANYA dikenakan ke atas seseorang yang TIDAK TERLIBAT dalam perbuatan zina atau liwat, yang menuduh seseorang yang lain melakukan zina atau liwat.

Ini bermakna, akta ini tidak merangkumi mangsa atau orang yang melakukan zina atau liwat itu sendiri, yang mendakwa perogol merogolnya atau menyatakan pasanganya melakukan zina dengannya.

__________________________

____________

1. Iaitu pengasas Mazhab Hanafi

2. Majid Muhammad (1997), al-Hudud Fi al-Fiqh al-Islami, Kuwait: Maktabah al-Falah, hlm 75

3. Ibid

4. Humana qazaf iaah 80 kali sebatan

5. Ta’zir ialah hukuman yang dijatuhkan berdasarkan budi bicara hakim. Lihat al-Zuhayli, Wahbah (1989), al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuh, cetakan ketiga, Damsyiq : Dar al-Fikr, jld 6 hlm 18.

6. Iaitu empat orang saksi yang menyaksikan kejadian rogol atau liwat.

7. Menurut pandangan Imam Abu Hanifah, peliwat hanya akan dikenakan hukuman ta’zir, bukannya hukum hudud. Lihat Ibn al-Hamam, Kamaluddin Muhammad Ibn Abdul wahid, Fath al-Qadir, Damsyiq : Matba’ah Mustafa al-Hilabi, Jld.5, hlm. 263

8. Contoh-contoh bukti yang boleh digunakan akan dinyatakan selepas ini.

9. Surah an-Nur :4

10. Dalil kepada kenyataan ini akan dinyatakan pada halaman berikutnya.

11. Dalam keadaan ini, yang dikenakan hukuman ialah tertuduh seperti yang akan dijelaskan.

12. Ijma’ ialah “persepakatan para mujtahidin dari kalangan umat Nabi Muhammad s.a.w setelah kewafatan baginda s.a.w, dalam mana-mana zaman, berkenaan sesuatu hukum syarak”. Lihat al-Zuhayli, wahbah (1986), Usul al-Fiqh al-Islami, Damsyiq : Dar al-Fikr, Jld. 1, hlm 490.

13. Perkataan dalam [ ] adalah tambahan penulis bagi menerangkan maksud asal teks.

14. Iaitu empat orang saksi yang melihat dengan jelas kejadian rogol tersebut seperti melihat pen dimasukkan ke dalam tudungnya. Apabila wujud saksi seperti ini, progol dikenakan hukuman hudud.

15. Yakni mengakui bahawa dia merogol. Pengakuan tertuduh dianggap bukti yang boleh dijatuhi hukuman hudud.

16. Iaitu tertuduh.

17. Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa seseorang yang dituduh merogol tetap akan dihukum apabila terdapat bukti. Jika bukti yang ada adalah selain daripada empat orang saksi-akan dinyatakan selepas ini-, tertuduh dikenakan hukuman ta’zir. Dengan ini, dapat difahami, dalam kes rogol, empat orang saksi diperlukan bagi mensabitkan hukuman hudud ke atas perogol. Tetapi bagi membebaskan mangsa rogol dari hukuman qazaf, empat orang saksi tidak diperlukan. Yang diperlukan hanyalah bukti-bukti yang akan disebut selepas ini-yang menunjukkan berlakunya kes rogol.

18. Iaitu mangsa rogol yang mengadu kes rogol.

19. Iaitu tertuduh.

20. Iaitu pengadu.

21. Iaitu darah yang keluar dari kemaluannya akibat dirogol.

22. Keterangan Imam Abd a-Bar ini bermakna bukti-bukti yang menunjukkan seseorang pengadu dirogol, tidak terhad kepada apa yang dinyatakan dalam teks di atas.

23. Perselisihan pandangan.

24. Samada hukuman zina atau qazaf.

25. Iaitu Imam al-Baji dalam kitabnya al-Muntaqa Syarh Muwatto’ Imam Malik seperti yang akan dinyatakan dan Imam Abd al-Bar dalam kitabnya al-Istizkar seperti yang telah disebutkan sebelum ini.

26. Iaitu rumah tertuduh

27. Lihat jawapan bagi Soalan 5

28. Beliau merupakan ulama dari Mazhab Maliki.

29. Al-Baji, Sulaiman Ibn Khalaf (1999), al-Muntaqa Syarh Muwatto’ Malik, Beirut : Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Jld 4 hlm. 21.

30. Imam al-Baji menyebut ‘kedua-dua saksi’ kerana sebelum petikan di atas beliau memperkatakan tentang wanita yang mendakwa dirogol tanpa membawa empat orang saksi. Maka ‘dua orang saksi’ diambil sebagai contoh bagi saksi yang kurang daripada empat orang.

31. Iaitu wanita yang mendakwa dirogol.

32. Maksudnya saksi tidak memberikan sebarang keterangan yang menunjukkan kemungkinan mangsa dirogol seperti melihat mangsa dilarikan, mangsa dikasiri tertuduh dan sebagainya.

33. Iaitu pada tertuduh

34. Maksudnya dalam keadaan kemaluannya berdarah.

35. Iaitu hukuman qazaf.

36. Iaitu tertuduh

37. Lihat jawapan bagi soalan 5.

38. Dalam menentukan kadar semasa mas kahwin hendaklah dilihat kepada status, pendidikan, tempat tinggal mangsa dan sebagainya.

39. Seperti tertuduh dilihat membawa mangsa masuk ke dalam rumanya secara paksa seperti yang dinyatakan.

40. Al-Baji (1992), op.cit, jld 4, hlm 21.

41. Zaydan, Abdul karim (1992), Usul ad-Da’wah, Baghdad : Maktabah al-Quds, hlm. 293


Sumber daripada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)

Read more...

Wahai Tampin oh Tampin

Isnin, 1 Mac 2010

Assalamualaikum dan salam perjuangan,

Saya rasa terpanggil bila ada sebuah artikel dalam Tampin oh Tampin mengenai Pemuda Umno Bahagian Tampin. Bagaikan ada sebuah agenda peribadi yang sedang di main dan dimomok-momokan di dalam blog itu.

Persoalannya?dari sumber manakah penulis mengatakan pemuda berkecamuk?(Ejaan berkecamuk pun tak betul)Bolehkah blog ini dipercayai sumbernya?

Saya sendiri menemui saudara Mohd Zakee Majid @ Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian,beliau sendiri mengesahkan tiada perkara demikian yang berlaku.Tidak wujud sama sekali kumpulan atau puak dalam Pergerakan Pemuda Umno Bahagian.Menurutnya ini lebih pada persepsi atau imaginasi penulis blog tersebut.


Di mana etika penulis blog ini?Adakah ini merupakah media fitnah?Atau patut Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tampin perlu saman blog tersebut?

Saya mewakili Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tampin dengan ini mengesahkan tiadanya permusuhan dalam PPUBT ini.Tidak ada sama sekali wujudnya puak puak yang dikepalai Naib Ketua dan Ajknya.Ini merupakan satu agenda fitnah semata-mata.

Sudah lama saya mengikuti blog fitnah tersebut.Blog tersebut seolah-olah bagaikan ada agenda peribadi yang mengutuk dan menfitnah Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tampin.Dengki?Mungkin?Ingin mengharapkan sesuatu tetapi tidak dapat?Mungkin?atau merupakan pembangkang yang ingin memecah belahkan golongan pemuda?Mungkin juga?

Selisih faham tentulah ada,sedangkan lidah pun tergigit.Inikan pula Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tampin, tetapi HARUS DIINGAT KAMI TIDAK BERPECAH.Buat Tampin oh Tampin "Ingatlah membuat fitnah bagaikan memakan daging saudara sendiri."Buat Pemuda Umno Tampin yang lain "Ingatlah kita ada kerja yang lebih mustahak untuk mengembalikan zaman kegemilangan Pemuda Umno dari melayan karenah penulis Tampin oh Tampin yang tidak tahu hujung pangkal"

Read more...

Tags

Site Info