Usaha Gagalkan 1 Malaysia?

Rabu, 27 Januari 2010


Empat kepala babi diletak di dua masjid


KUALA LUMPUR: Empat kepala babi bersama wang tunai diletakkan di dua masjid di sini awal pagi tadi.

Masjid terbabit ialah Masjid Imam At-Tirmizi di Taman Seri Sentosa dan Masjid Jumkuriah Taman Dato' Haron di Petaling Jaya.

Masing-masing dua kepala dengan wang tunai RM35 dan RM40 diletakkan di setiap masjid berkenaan.

Petikan dan Gambar dari Berita Harian Online

Komen kami:-

  1. Nah sekarang kepala babi pula di Masjid.Sebelum ini surau dan gereja di bakar.Cuba kita kaji secara teliti.Kenapa ini berlaku?Adakah disebabkan rakyat Malaysia tidak mahu menghormati agama dan bangsa masing masing?Atau ada pengkhianat negara yang ingin mencetuskan ketidak harmonian di antara rakyat Malaysia.
  2. 1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum,berteraskan nilai nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.Bukan satu dasar Baru yang terpisah dari Kerajaan Barisan Nasional tetapi lebih merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan,ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia.
  3. Jika perpaduan tidak dapat dicapai,maka keadaan negara akan menjadi lebih buruk lagi.Ekonomi bakal terganggu malah keamanan negara mungkin tidak dicapai.
  4. Bayangkan jikalau perkara ini terus berlaku,umat Islam mungkin akan membenci agama lain,dan agama lain pula akan memandang serong ke atas umat Islam.
  5. Maka rakyat Malaysia tidak akan mungkin bersatu,dan kesempatan ini bakal diambil oleh penjajah dan penyamun haprak.
  6. Kita ambil sahaja sejarah Melaka,sejarah telah membuktikan bahawa akibat rakyat Melaka yang tidak bersatu menyebabkan Melaka telah di jajah.
  7. Justeru itu, umat Islam dan Melayu khususnya haruslah berhati hati dengan pengkhianat negara ini.Mereka cuba mengambil kesempatan di atas kesensitivitian umat Islam dan Melayu.

0 comments:

Catat Ulasan

Tags

Site Info