MESYUARAT PROGRAM SAMBUTAN TAHUN BARU CHINA 2010
Sabtu, 30 Januari 2010
Tarikh : 29 January 2010
Tempat : Balairaya Kg Tenai Air Gelugor
Masa : 8.30 malam
Tarikh : 29 January 2010
Tempat : Balairaya Kg Tenai Air Gelugor
Masa : 8.30 malam
KUALA LUMPUR: Empat kepala babi bersama wang tunai diletakkan di dua masjid di sini awal pagi tadi.
Masjid terbabit ialah Masjid Imam At-Tirmizi di Taman Seri Sentosa dan Masjid Jumkuriah Taman Dato' Haron di Petaling Jaya.
Masing-masing dua kepala dengan wang tunai RM35 dan RM40 diletakkan di setiap masjid berkenaan.
Petikan dan Gambar dari Berita Harian Online
Komen kami:-
KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, terkejut dengan sikap sebilangan pemimpin parti itu di Kelantan yang gagal menunjukkan ciri keislaman seperti yang dilaungkan parti.
Beliau berkata, dalam satu pertemuan dengan pemimpin Pas baru-baru ini, beliau ada mengedarkan borang mengandungi soalan mengenai kekerapan mereka dalam mengerjakan solat secara berjemaah, dhuha dan tahajjud.
"Dalam pertemuan dengan pemimpin Pas peringkat pertengahan itu, saya beri borang yang mengandungi soalan berikut iaitu kalau sembahyang jemaah, berapa kali dalam sehari; dhuha berapa kali dalam seminggu dan tahajjud berapa kali dalam sebulan.
"Dalam lebih 200 orang terbabit dalam soal selidik itu, yang sembahyang jemaah ialah antara 14 atau 15 orang saja berbuat demikian; sembahyang dhuha jumlahnya rendah dan sembahyang tahajjud, lagi rendah," katanya.
Beliau yang juga Menteri Besar berkata demikian ketika merasmikan majlis penyampaian amanat dan angkat sumpah pelantikan penghulu negeri Kelantan 2010/2011, di Balai Islam, dekat sini, hari ini.
Hadir sama Timbalannya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Penghulu Kelantan, Datuk Ahmad Yakob. Dalam majlis itu seramai 758 penghulu dilantik bagi sesi 2010 hingga 2011 membabitkan 14 kawasan parlimen negeri ini.
Nik Aziz berkata, sebagai pemimpin masyarakat serta membawa perjuangan Islam, mereka seharusnya menunjukkan tauladan kepada masyarakat dengan memimpin umat Islam di kawasan mereka, khususnya dalam mengerjakan solat.
"Apabila didapati pemimpin yang memperjuang Islam tidak dapat melaksanakan tugas bercirikan Islam, ia sudah tentu memberi pandangan buruk kepada pihak terbabit selain parti," katanya.
Komen Kami:-
1. Dahulu Nik Aziz pernah mengatakan Umno membawa ajaran Islam plastik.Bagaimana pula dengan PAS.
2. Mengikut kiraan hanya 7.5 % sahaja dari "survey" tersebut yang rajin berjemaah sehari.
3. Bukankah berjemaah itu melatih kita untuk bersatu.
4. Adakah pemimpin PAS ini benar benar ulamak atau sibuk sangat asyik berceramah dan berpolitik hingga terlupa untuk bersolat jemaah.
5. Atau pemimpin PAS sekarang sibuk mencari harta dunia hingga lupa nak bersolat jemaah.
6. Benarkah PAS itu parti yang membawa konsep keIslaman dari parti mereka,atau parti itu hanya menggunakan agama untuk tujuan politik.
7. PAS juga sudah tidak lagi dengan konsep negara Islamnya.Mungkin PAS bukan lagi PAS yang dahulu.
Salam 1Malaysia.
1. Dun Gemencheh mempunyai 13870 pengundi pada pilihanraya 2008,dan telah dimenangi oleh BN pada 2008 sebanyak 3,241 undi.
2. Selepas Repah yang telah jatuh ke tangan DAP,Pakatan Rosak mensasarkan Gemencheh adalah DUN yang seterusnya.
3. Ini amatlah jelas dan dapat dilihat dalam sebuah blog pembangkang ini.
Salam 1Malaysia,
1. Rasanya makin ramai rakyat Malaysia sudah lupa rukun negara.Mungkin rukun negara ini hanya dibaca dan diingat hanya waktu sekolah sahaja.
2. Rasanya juga sudah semakin ramai umat Islam yang sudah hilang adab,hinggakan raja dimaki dan dikutuk tanpa was was.
3. Dan apa yang lebih menyedihkan lagi yang mengutuk itu adalah berbangsa Melayu dan beragamakan Islam,dan sayugia diingatkan Raja mereka berbangsa Melayu dan beragama Islam.
4. Adakah ini ciri ciri penyokong parti yang dikatakan membawa konsep Islam dalam parti mereka,atau hanya menggunakan nama Islam untuk agenda mereka.
5. Jadi para sahabat,para pejuang Islam,pejuang Bangsa..anda fikirkan..
sila klik imej untuk lebih jelas.
Takziah untuk Rakyat Johor atas kemangkatan Sultan Mereka.Semoga roh baginda dicucuri rahmatNya.Marilah kita bersama-sama menyedekahkan Al-Fatihah.Al Fatihah.
P/S Link ini sudah pun telah di delete oleh Blogger tersebut kerana banyak laporan polis telah dibuat.
Salam 1Malaysia,
Rasanya masih belum terlambat untuk Pemuda Umno Tampin mengucapkan tahniah buat Timbalan Ketua Umno Bahagian yang telah bergelar Datuk.Ini menunjukkan kepimpinan beliau dan jasa beliau telah diberi penghargaan.
Juga tak lupa kepada Ketua Wanita Umno Bahagian Tampin merangkap ADUN Gemas dan Exco Kerajaan Negeri Sembilan,yang telah menerima gelaran Datuk sempena Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan tempoh hari.
Sekalung Tahniah ! Semoga dengan gelaran "Datuk" ini kedua dua tokoh pemimpin masyarakat Tampin ini dapat membawa masyarakat tampin ke arah kemakmuran dan pembangunan yang lebih baik.