Facebook?Blog?Twitter?

Ahad, 21 Mac 2010

Assalamualaikum wbt.

Saya agak tertarik dengan blog tampin oh tampin,gotah lantun yang menyuarakan pendapat mereka tentang "facebook,blog dan twitter".

Sindrom bloggers,facebook dan twitter kini menjadi satu sindrom masyarakat Malaysia, apatah terdapat banyak iklan dalam media massa mengetengahkan facebook ini.

Untuk pengetahuan rakan-rakan sebelum wujudnya facebook ini telah wujud beberapa laman sosial bergini seperti friendster,myspace dan lain lain.

Disebabkan facebook ini mesra pengguna maka ramai yang memilih facebook dan aplikasinya yang agak banyak.

Persoalannya perlukah pemimpin ini memerlukan facebook,twitter dan blog?Adakah ini cara terbaik untuk masyarakat Tampin khususnya?

Kadar lawatan sehari untuk laman blog pemuda umno tampin ini sendiri bukanlah boleh dikatakan mencapai satu hit yang membanggakan.Sekali lagi persoalannya kenapa?
Ini mungkin disebabkan penggunaan internet masyarakat Tampin yang tidak begitu ramai.

Pemuda Umno Tampin khususnya mencari ramai warga Tampin dalam facebook untuk menjadi rakan mereka dalam facebook.Ini adalah untuk lebih mudah bagi kami di Pemuda Umno Tampin untuk berinteraksi dengan mereka.

Tetapi adalah tidak begitu ramai masyarakat di Tampin menggunakan facebook.Kenapa?
Adakah masyarakat Tampin tidak celik IT?Atau masyarakat di Tampin tidak mampu menggunakan prasarana IT?Hanya baru-baru ini sahaja baru sahaja saya berjumpa dengan rakan-rakan di Tampin yang menggunkan facebook bukan seperti tiga tahun sebelum ini.

Untuk pengetahuan bro T(dari Tampin oh Tampin ) dan bro Gotah Lantun, maklumat tentang YB Dato' Zainab sentiasa dikemaskini di Laman Webnya http://www.ns.gov.my/ybzainab/
(atau boleh klik pada gambar beliau di Laman web kami).

Hakikatnya berapa ramai yang tahu dan mahu tahu tentang kewujudan laman web itu?
Jadi perlukah pemimpin Tampin ini perlu facebook,twitter dan blog?Luahkan pendapat anda,kami ingin mendengar.

Read more...

Zulkifli Nordin Pelampau Agama?

Rabu, 10 Mac 2010

Gerakan gesa Umno, BN jangan terima Zulkifli


GEORGETOWN: Gerakan Pulau Pinang menggesa kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak menerima Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang disingkirkan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabtu lalu, sebagai anggotanya.

Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr Teng Hock Nan, berkata Zulkifli yang kini menjadi Ahli Parlimen Bebas, dilihat sebagai seorang pelampau agama dan racis.

"Beliau disingkirkan oleh PKR kerana tidak bersedia menerima kepelbagaian bangsa.

"Menerima beliau masuk Umno dan BN tidak akan mencerminkan BN sebagai sebuah parti campuran pelbagai bangsa yang sederhana berkhidmat bagi kepentingan semua rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Teng, yang juga Naib Presiden Gerakan, berkata Zulkifli telah mengetuai satu bantahan yang sangat bising untuk mengganggu Forum Masuk Islam Majlis Peguam di sini pada 9 Ogos, 2008.

Beliau berkata Gerakan agak "cemas" dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pintu Umno "sentiasa terbuka" kepada sesiapa yang ingin menjadi anggotanya termasuk Zulkifli.

Dr Teng berkata BN pada amnya dan khasnya Umno janganlah menerima pelampau agama dan perkauman dalam kumpulannya.

- Bernama

sumber dari Berita Harian Online


Komen saya:-

  1. Saya tersenyum melihat kenyataan Dr Teng.Dari kenyataan Dr Teng itu saya percaya Dr Teng pasti bukannya seorang yang "racist".
  2. Jikalau Dr Teng,bukan seorang yang tidak "racist",saya percaya Dr Teng,pasti akan menyokong jikalau Malaysia menggunakan satu aliran persekolahan sahaja, yakni tiada SRKJ (C) atau SRKJ (T).
  3. Atau mungkin juga Dr Teng menjadi orang yang paling ke hadapan untuk menentang sekolah satu aliran itu.
  4. Pada pendapat saya, apa yang di lakukan oleh Zulkifli Nordin bukanlah sesuatu yang boleh dianggap racist.Bagi saya ia lebih merupakan mempertahankan dan mendaulatkan Agama Islam itu sendiri dan lebih-lebih lagi dalam konteks penggunaan kalimah Allah.
  5. Saya percaya jikalau Zulkifli Nordin itu racist sudah awal awal lagi dia tidak menyertai PKR.Bukankah PKR itu sebuah parti yang terbuka untuk semua bangsa.
  6. Saya juga bukan untuk mengangkat Zulkifli Nordin itu sebagai hero.Tetapi di dalam hati ini terdapat kegembiraan kerana beliau dengan sungguh mempertahankan akidahnya sebagai seorang Islam.
  7. Cuba kita renungkan kembali, jikalau seorang Melayu cuba mempertahankan maruah bangsa dan agamanya maka dia dianggap racist.Bagaimana jika seorang Bukan Melayu mempertahankan Agama,Bangsa,Budaya atau Bahasa Mereka?Bolehkah mereka itu dianggap racist.
  8. Jawapannya tidak.Ini adalah kerana telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, di mana kita boleh mengambil contoh tentang kebebasan beragama di Malaysia.(Sila rujuk Perlembagaan Malaysia untuk lebih lanjut)
  9. Buat Dr Teng, janganlah cemas, Zulkifli Nordin dan orang sepertinya bukanlah Pelampau Agama dan Perkauman.Jikalau beliau seorang pelampau agama saya percaya beliau pasti sudah melanggar Anwar Ibrahim dengan motorsikal kuasa besarnya.
  10. Buat Zulkifli Nordin,saya ucapkan tahniah kerana telah di pecat dari Parti Keadilan Rakyat.Sesungguhnya parti itu pastinya teramat adil dan menyanjung keadilan kerana memecat anda.

oleh Muhammad Hafez bin Hezmi

Read more...

Tags

Site Info