Salam Perjuangan dan Salam Perpaduan

Jumaat, 28 November 2008

Bismillahirahmannirrahim.Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

Pertamanya,marilah kita bersyukur dengan kepada hadrat ilahi kerana masih dapat menikmati hidup aman dan sejahtera di Malaysia.Saya percaya dan yakin dengan keamanan yang kita perolehi ini adalah nikmat Allah untuk orang orang yang beriman.

Salam perjuangan dan salam perpaduan untuk rakan rakan pemuda Umno dan rakan pemuda Barisan Nasional yang lain.Saya di Tampin bersama-sama dengan sayap-sayap parti yang lain dengan izin tuhan akan berusaha dan menggembleng tenaga untuk kepentingan rakyat bersama.InsyaAllah.

Lahirnya laman web ini adalah untuk membuka minda dan ruang pemuda Umno Tampin untuk terus maju ke hadapan.Laman web ini juga adalah untuk pemuda Tampin lebih mengenali barisan barisan pemimpin muda khususnya di Tampin.Sekian, salam perjuangan dan salam perpaduan

0 comments:

Catat Ulasan

Tags

Site Info