Wahai Tampin oh Tampin

Isnin, 1 Mac 2010

Assalamualaikum dan salam perjuangan,

Saya rasa terpanggil bila ada sebuah artikel dalam Tampin oh Tampin mengenai Pemuda Umno Bahagian Tampin. Bagaikan ada sebuah agenda peribadi yang sedang di main dan dimomok-momokan di dalam blog itu.

Persoalannya?dari sumber manakah penulis mengatakan pemuda berkecamuk?(Ejaan berkecamuk pun tak betul)Bolehkah blog ini dipercayai sumbernya?

Saya sendiri menemui saudara Mohd Zakee Majid @ Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian,beliau sendiri mengesahkan tiada perkara demikian yang berlaku.Tidak wujud sama sekali kumpulan atau puak dalam Pergerakan Pemuda Umno Bahagian.Menurutnya ini lebih pada persepsi atau imaginasi penulis blog tersebut.


Di mana etika penulis blog ini?Adakah ini merupakah media fitnah?Atau patut Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tampin perlu saman blog tersebut?

Saya mewakili Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tampin dengan ini mengesahkan tiadanya permusuhan dalam PPUBT ini.Tidak ada sama sekali wujudnya puak puak yang dikepalai Naib Ketua dan Ajknya.Ini merupakan satu agenda fitnah semata-mata.

Sudah lama saya mengikuti blog fitnah tersebut.Blog tersebut seolah-olah bagaikan ada agenda peribadi yang mengutuk dan menfitnah Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tampin.Dengki?Mungkin?Ingin mengharapkan sesuatu tetapi tidak dapat?Mungkin?atau merupakan pembangkang yang ingin memecah belahkan golongan pemuda?Mungkin juga?

Selisih faham tentulah ada,sedangkan lidah pun tergigit.Inikan pula Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tampin, tetapi HARUS DIINGAT KAMI TIDAK BERPECAH.Buat Tampin oh Tampin "Ingatlah membuat fitnah bagaikan memakan daging saudara sendiri."Buat Pemuda Umno Tampin yang lain "Ingatlah kita ada kerja yang lebih mustahak untuk mengembalikan zaman kegemilangan Pemuda Umno dari melayan karenah penulis Tampin oh Tampin yang tidak tahu hujung pangkal"

20 comments:

Tanpa Nama,  17 Mac 2010 pada 11:55 PTG  

salam semua pemuda

sey org lamo dan dah tuo ..tuo dlm umno tampin..sey dah baco entri bro t..takyahlah adik2 melatah..kok pemuda tampin bersatu takdo pepecahan cantiklah tu..

yang tak cantik sey poratikan kesungguhan pemuda dan puteri dalam menawan hati anak anak mudo di tampin ni..sey tumpu kek gomeh yolah...gamai lagi anak anak mudo di jolai , pasir bosa & kek kg tradisi ..masih bolum daftar jadi pongundi...apo lai jadi ahli umno..

sey tgk ..kok saalah jgnlah nak nyaman pulak ..bori pgdn yo..mcm takdo aktibiti yo...konolah kojo kuek secaro terancang & konsisiten..tak cukop ...kumpul mumpol sosamo geng kontraktor yo doh...( mcm zakilah )..bdk bdk ni kok kito bawak borang suruh msk ahli umno ..lari deh...sbb skrg ni semangat cinto bangsa & berjuang utk melayo dah nipih bona...kono guno caro yg saikologikal sikitlah..

pomudo kono taulah apo masaalah yg dihadapi adik adik kito tu..kalau kek gomeh ni ..masaalah utamo kojo takdo..hidup susah..mcm mcmlah..kono kaji & buek planinglah..

kito kono yo ..jalan kodopan sikit..contoh...adik adik yg kini ambik spm..2-3 tahun dah jadi pongudi dah..kalaulah pomudo..boleh anjur kelas tution dgn kojosamo mahasiswa u ..budi kito tu dikonang juo...dan institusi kelas tuition tu boleh jadi instrumen indroktinasi..

kono guno pakai institusi lain yo ..mcm grkn bolio...cam takdo yo sey tgk..aktifkanlah yo..

po kato pomudo tampin buek grand prix memancing..guno mano mano kolam atau sg yg ado..gamai bdk bdk kito suko mancing...jadi guno jlan tu sonanglah kito dokek kek bdk2 tu ..fikir fikirkanlah yo...utk zaki ...abg nak posan..dulu janji camno..sotakat jadi pengerusi pibg londa ok nampak tapi sebagai naib kotuo ..maaf abg cakap...cam ..umno dah kuek yo..takyah..gisau yo nampak ee..tanyo-tanyolah org lamo apo nak buek yo dik..

kok tak marah lain kali layarmerah sambung lai tapi ..baco jwpn pomudo..hal bro t..ngorilah raso ee nak nyaman yo.

salam takzim

Tanpa Nama,  24 Mac 2010 pada 10:41 PG  

Suka dicadangkan pihak tuan mengadakan suatu program ceramah tertutup bertajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH. Group nie sedang giat buat kerja dakwah dan mereka hanya perlu sponser tempat tinggal, duit minyak dan sagu hati (sekadarnya) aje. Jika berminat, boleh hubungi Sdra. Saiful di talian 013-3655 715 untuk perbincangan lanjut

Tanpa Nama,  13 April 2010 pada 12:18 PG  

wah, handal boto pemuda tampin ni, kena cuit sikit bukan main buka langkah silatnya. anak mudo sulong berkerislah katakan. den ni orang lama. dan dah lamo tengok pemudo umno tampin ni. handal silatnya dalam gelanggang sndiri jo. samolah macam bandit upahannya budak2 silat yg ketuo pemudo bolo tu.ado masyuk bukolh langkah. dengar cerita panggil gotongroyong pun kena bayar. bila maruah melayu dicalar diserata pelusuk malaya ni, ketua pemuda dan barisan kepimpinan pemuda umno buat apa? mengagih perojek? satu tampin dah tau. tegur sikit nk saman. pegi saman Guan Eng, Karpal Singh, Lim Kit Siang dan ramai lagi yg merobek2 ketuanan melayu kita ni. nak tunggu tok man atau khairy bagi perentah ke? jangan haraplah semua pn sama bacul. kalau masa dulu tak perlu pun perkasa tu. sebab pemudanya memang perkasa. kau orang cerminlah diri dulu, perjungan apa yang pemuda tampin bawa......


ularlidi

Tanpa Nama,  19 April 2010 pada 5:41 PG  

kepada ular lidi

salam satu malaysia

aku mewakili orang silat yang dihina dan diperlekehkan oleh kau.kau cakap pakai otak la sikit jangan ikut nafsu je.patut la maruah org melayu tercalar pasal ada org macam kau.bawak fitnah dan memburuk kan pemimpin bangsa sendiri.sedar la kita ada ugama bro!perjuangan silat ini perjuangan orang melayu.sekarang nie byk gelanggang silat dibuka serta keahlian ramai.itupun diatas galakan serta bantuan masyarakat kampung,jabatan kerajaan,sekolah2 malahan ketua pemuda serta barisan kepimpinan nya.silat ditubuhkan bukan nak jadi samseng tetapi untuk mencegah dari anak anak kita terhindar dari masalah sosial,berpeleseran,jenayah,rempit,dadah,ragut dan bermacam macam kebimbangan ibubapa serta masyarakat masa kini.lebih2 lg terutamanya supaya anak anak melayu tidak buta hati pada seni warisan bangsa melayu LA!MACAM KAU!salah ke orang2 silat berdiri dan taat setia dibelakang ketua pemuda serta barisan kepimpinan nya daripada menjadi pertualang bangsa.kau tuduh silat bandit upahan?mengata orang,kau sangap yang lebih!aku nak tanya berapa byk org dh kene pukul kat budak2 silat nie?kau nie terlebih tgk cerite hindustan kot?setau aku, bdk2 silat buat psembahan kat majlis keraian selain mengadakan pertandingan pencak silat malahan mewakili negeri ke peringkat sukma mahupun kebangsaan.itu pun diatas galakan dan bantuan dari pemimpin masyarakat termasuklah ketua pemuda yang kau dengki dan jeleskan sangat tu!sebagai membalas jasa masyarakat salah ke orang silat bersama pemuda umno tampin dalam program program yang dianjurkan sehingga mendapat gelaran bandit upahan?terima kasih lah atas penghinaan ini!aku doakan agar lebih ramai orang melayu sedar yang menghancurkan bangsa melayu bukan bangsa lain melainkan bangsanya sendiri!LA!MACAM KAU!disaat barisan pemuda umno tampin bertungkus lumus memperjuangkan nasib anak anak muda tampin dan mempertahankan ketuanan melayu, tetiba je kau pulak x pasal pasal kata org bacul.bacul 2 MACAM KAU ! berani cakap tapi x berani tunjuk muka.kau tu maknusia.jadilah maknusia yang beriman jangan jadi binatang yang tau bercakap !binatang xde otak mana bole tulis bro...patuk sanaaa! patuk siniiii!belit sanaaa! belit siniii!silap hari kene sesah kat batang buluh! buat malu mak bapak yang melahirkan dan membesarkan kau!

keris merah

orang mudo gomeh,  20 April 2010 pada 6:34 PTG  

Apolah kau ni keris merah..2x5 5x2 je dengan ular lidi tu..janganla layan org tak Matang dgn cara tak matang..kau pun nampak tak matang..kau cakap dia bacul tak tunjuk muka, macamla kau tu tunjuk muka sangat..so, orang pun boleh la cakap kau ni bacul..cukupla, tunjukla politik Matang sikit..kalau Ada teguran tu,tengok dari sudut yg positif..itula kesan kalau dah terlalu lama duduk dalam zon selesa.pantang cuit,dah melatah..tu yg ramai org muda muak dgn umno tercinta ni..wassalam

Tanpa Nama,  21 April 2010 pada 9:31 PTG  

Ese sokong keris merah 2!banyak bona mencela membabi buto dari menogur.orang mudo gomeh ngan ular lidi sama jo! haprak! ese pun sokong caro gemasindah.togurannyo membino!hidup umno!

Man Hijau 22 April 2010 pada 12:11 PG  

Assalamualaikum editor dan rakan2 yg ulas/komen di ruangan ni.

Nama saya M Azman M Nor, anak jati Gemencheh, berdaerahkan Tampin dan merupakan salah seorang pencinta semangat persaudaraan bukan sahaja melalui silat malah segenap masyarakat amnya.

Isu yang cuba diketengahkan oleh editor blog (KP Tampin) mengenai isu "Tampin Oh Tampin" bagi saya dah cukup hangat, malah komentar saudara2 cukup bernas; memanggil saya utk ulas sekelumit idea bagi membuka sedikit jalan.

Saudara "Ularlidi";
Usahlah disusukan kera dihutan, sedangkan anak di rumah mati kelaparan.. Mengapa perlu kita tohmah/sindir silat? Mari kita renung, siapa yang bersilat dahulu.

Saya terkesima / kagum lihat anak-anak kampung kita sendiri (belia-belawanis) meluangkan masa dengan aktiviti sukan bersifat masyarakat, sedikit sebanyak dapat menghindar anak-anak dari mengenal erti budaya kuning seperti melepak, merempit, bohsia apatahlagi DADAH.

Kalaulah saudara Ularlidi sebagai anak jati daerah Tampin, berapa banyak kes anak belia kita menghisap DADAH, mengambil PIL KHAYAL, malah anak sekolahan lagi sudah pandai berpesta SEKS BEBAS?

DIMANA KITA SEMASA ITU?
APAKAH TINDAKAN KITA?
Nah! Mengapa SILAT yang memupuk anak belia TAMPIN; anda caci???

Memang benar komentar Orang Mudo Gomeh, "jangan cepat melatah".
Ibu yang mana tak sayang anak?
Saudara Keris Merah ibarat "ibu" yang menjaga "anak-anak" dalam silat. Siapa Keris Merah sebenarnya tak penting, yang penting apa yang diperjuangkannya. Ibu mana yang tak melatah jika anaknya dituduh bukan-bukan.

Melatah itulah silat sebenarnya. Belum dijumpai lagi orang di Amerika melatah, hanya di Malaysia sahaja. Kito serupo Orang Mudo Gomeh..

Syabas buat semua yang memberi "suasana" dalam ulasan topik ini. Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu sama-samalah kita perbaiki.. Insya Allah.

Cantiknya alam kerana ciptaan-Nya,
Cantiknya Tampin kerana wariehnya,
Cantiknya budi kerana hatinya.

Mohon undur pena, wasallam.

Otai Celaru,  31 Mei 2010 pada 2:38 PG  

Orang memang selalu mencari kesalahan kito, usahlah kito bimbang dengan tohmahan atau fitnah yang kito tahu ianyo bukanlah perkaro yang bonar, yang ponting pemudo2 harus mencari kekuatan sendiri untuk dijadikan bukti keberkesanan kepemimpinan kito. Kito selidik apo yang dikato, bukan melonting kononnya kito seolah-olah tidak ponah melakukan kesalahan. Kok pemudo sendiri dah bukak gelanggang, apo salah e kalau ado yang ingin mencabar. Kok ado yang salah kito botokan, xdo penyakit yg xdo ubek e

Allah maha mengetahui, dan yg paling ponting keikhlasan hati jadikan pegangan perjuangan.

Otai ado dongar gak mcm2 krisis yang melibatkan pemudo kek Tampin ni, kok boto apo salah e kalau kito ngaku. Org yg mengakui kelemahan dan kesalahan sendiri adalah org yg sejujur-jujurnya.

Topuk dado tanyo selero, KEIKHLASAN akan mengatasi segalo2 nyo, percayolah posanan OTAI ni, Insya Allah

Jantan Jalang,  31 Mei 2010 pada 12:50 PTG  

Buat Korih Merah

Lu punya cerita mcm baguih, tp lu punya kelab ckp x srupa bikin... lu kata dan suruh org muda satu hati, tp lu org mcm keling jugak. Lagak macam samseng taik kucing, kalau samseng kampung dusun ok gak lagi. Melayu sama melayu, ahli sama ahli semua kasi gaduh. org keling ka, cina ka bikin hal lu org buat dek jugak. Sebenarnya lu org ni sapa hah? Ilmu bak kail sejengkal, jgn cuba2 nak lagak samseng. Lu jaga lu org punya kelab dulu, dulu gua dengar ini kelab ramai, tp skrg sudah pecah2. Org sokong Isam kelab lain, org sokong Saiful kelab lain. ini macam ka. Lu org tak mau crita byklah. Samy Vellu kata Sindri kasi betul dulu, baru kasi crita sama orn......

Jantan Jalang,  31 Mei 2010 pada 1:07 PTG  

Stakat Persatuan Silat yang ade kat Tampin, leh kite anggap Gerombolan Masuk Angin Keluar Asap. Klau ade pun anggaplah macam tak ade. Tempat lain adde jugak silat ni, tapi takde lah belagak semacam je. kalau bagus sangat ok gak.
Aku kan ape, aku nak cabar diorg ni, kalau dapat satukan ahli-ahli dulu yang telah dipinggirkan, aku memang tabik 30 hari 30 mlm. Tp kalau stakat omongon kosong korg jadi barua lagi baik.
Ape nak crite lebih, kalau kelab sendiri pun haru biru, kacau bilau, caca merba, lintang pukang,FORGET IT lah Wahai KERIS MERAH.
Dengar2 Chip silat nyr En NAIN, yg memang dah tahu tak buleh pakai. Kalau ade untung kat dia, alamat jadi mangselah ahli koprat tu, Dulu dia impit kudin, skrg ni Isam pulak jd mangsa, lepas ni sape pulak yang akan di JERUMUS kan ke kancah, utk senang nak di goreng.
Saya ni berpesan kepada ahli-ahli koprat, jgn sampai ter JERUMUS, takut ter KEJUT, nanti ter KENA, baru ter PADAN MUKE....huhuhuhuhu

Jiwo Luko,  6 Jun 2010 pada 10:04 PG  

Buat Keris Merah

Kito stuju bona komen JJ ( Jantan Jalang ) memang ado kebenarannyo.. kok raso bersalah dalam hal ni marilah kito perbetulkan, kalau raso komen tu tak botol, anggaplah ianyo sebagai gurauan

Buat Tanpa Nama

Satu ingatan yang baik, org 2 mudo konolah bangkit dari lamunan, dalam persidangan agung cawangan banyak permintaan dari orang mudo, nak suruh kerajaan buek rumah generasi keduolah, nak mintak tanahlah, Mintak mcm2 tapi mesyuarat taknak datang. inikah yang dinamkan perjuangan. apo2 pun Tanpa Nama terus komen & gasak prang mudo ni, jgn ex dengan jawatan masing2 tapi pemaleh nak buek kojo...

Buat Otai Celaru

Good komen... org mudo kono jadi Otai Celaru salah sorg contoh yang baik, yang ingin agar anak2 mudo berubah sebolum robah...

Bagi sayo....jiwo ini akan terus luko kok anak2 mudo Tampin toruih nak melonting, melantun tapi tak dapek menyahut cabaran yang telah diberik oleh commenter kito...... bak kato Nabil....Lu Pikirlah Sendiri

Man Hijau 10 Jun 2010 pada 5:23 PTG  

Kok lapang turun la gelanggang. Besemuko kito.. tak elok kalau cakap belakang2 ni..
Kito samo sekampung nak singsing longan buek apo.
Sapo yang berani bona tu tolong la turun gelanggang. Bukan nak besilat, bukan nak bukak langkah..
Cubo duduk semejo.. cakap blakang apo barang.
Takdo guno sembang kodai kopi nijam ni..

Bak kato Jantan Jalang (JJ), kok buleh disatukan bebudak lamo..
Iyo, smuo tu pangkat adik beradik yo.. Koba yo siapo namo eh, potong tangan kalau tak konal..
Bukan sajo dironggang-ronggang, bukan tak nak disatu seragam, "kami" masih macam dulu.. cumo zaman, keadaan, dan kejayaan masing2 yang membezokan antaro "kami".. Insya Allah, kemano tak tumpah lauk kalau tak ke nasik..
Dari maso ke semaso, akan ado inisiatif ke arah itu.. insya Allah. Tuhan Maha Mengetahui.

Lagi satu bangso asing buek hal, kito ado dan dah banyak kali tolong.. Statement budak2 kito "takdo nolong" tu tolong botul kan sikit..

Yang tak nampak apo buek dikato,
Yang tak bosa apo buek dileba,
Yang tak jeronih apo buek dikoruh,
Yang tak abih apo buek ditambah.

Ese cukup sonang kalau nyembang besemuko,
sehinggo bejumpo kito insya-Allah.

Tanpa Nama,  10 Jun 2010 pada 6:23 PTG  

WOIT...KEPADA JANTAN JALANG JALANAN..HENGKAU YANG KOBA TAK SERUPO BIKIN....CAKAP MAEN HENTAM KRUMO JEWH....SILATURAHIM KITE DENGAN PEMIMPIN BAEK AJEWH...TAKDO MASALAH POWN...KITOWANG NEYH TAKDO KENE MENGENE DENGAN HAL POLITIK...INI KERIS MERAH...PRTUBUHAN SENI BELADIRI...BKANNYE PERTUBUHAN YANG ADA KAITAN DENGAN HAL POLITIK....PEHAL LARK HENGKAU NAK BUROKKAN NAME OWANG LAEN...DASAR JANTAN JALANG JALANAN MULUT LANCANG...TAK SODAR DIRI...NAMO POWN JANTAN JALANG...BODO TAK TAHU MALU...HEH..HENGKAU JANGAN NAK MALUKAN DIRI DAN KAUM KERABAT KAU BAHALOL....

Tanpa Nama,  13 Jun 2010 pada 1:52 PTG  

askum pejuang politik semua n pejuang keris merah .. napo ngan owg yang suko bona ngutuk pejuang keris merah.. tu jer tradisi melayu yang ado n tggl dlm kwsn tampin gmencheh n gemas .. memg keris merah npk mcm gengstar tp tu pndgan owg yang tak berakal .. kpade saudara jj apo yang libatkan NAMO en NAIN PLAK ?.. SAYO raso la dio jo lah yg ado n mmpu bimbing ank mlayu yang ado di tampin ni nk harp ko jj abah ko pun tak mampu nk wt mcm en nain .. bkn nk menyebelahi mano pihak pun tp pikir kn n renung kan zamn ank mudo skg suko yang kelainan k kalau la jj pndai bonar tlg lah bimbing ank kg ko tu k ..

Tanpa Nama,  13 Jun 2010 pada 2:25 PTG  

askum pado semuo pemuda tampin terutama ular lidi n jj ........... hebat bckp kn ? thn dopan buleh lah korg btndg utk ketua n naib pemudo bhgian ? jgn pndi berckp kt cni jer bro pnah ker korg samo-samo ngan saudra isam ker zaki jago bdk tampin ni ? haram kn .. dgn bantuan en nain laa dapek menyatu padu kn ank mlayu dlm tampin ni .. harp ko ber 2 ni je katak dongar pun sonyum tw x .. nk mrh keris merah knpo plak jelous ko diowg da jd ank omeh umno ? n jj betul kn ayat ko tu k. mano ado sobolah kudin ko isam ko yg kayo ko xpnh k 19 thn sy n bsamer en nain atau pun lbh dikenali sbg sifu .. terus kn cacian n hinaan korg tu .. pado en isam thanks u bro sbb byk bntu ank mudo dlm tmpin .. sifu teruskn prjuangan k. pado jj nek keto ko motor ko pndg kri knan .. cmt2 gak lau berckp k wasalam

Tanpa Nama,  14 Jun 2010 pada 10:24 PTG  

aku rasa JJ ni org yang paling terdesak..org yg x bertamadun senang ckp BANGANG la..sedar diri la dulu br bg pendapat..kalau komen 2 yg membina xpela..tp klau komen yg pecahbelahkn melayu baik xpayah..

Tanpa Nama,  14 Jun 2010 pada 10:39 PTG  

aiyoyo..jj aku raca ko ni mesti main ice ek sbb tu ko ckp mcm keling,lainkali brgaul la ngan dieorg sbb aku dpt rasekn group dieorg ni baik jge kbajikn ahli pastu ketua pemuda ngan dato sndri suport dieorg n setahu akulh dieorg ni xda plk mslh ngan kudin okey jer aku tgk hbngn mereka jdi kesimpulannye tentu ko yg nk pecah belahkn dieorg ni jdi insaflh,kalu xnnt masuk NERAKA lu beb..minta maaflh kat dieorg k..

Tanpa Nama,  26 September 2010 pada 10:13 PG  

Sudah la 2 man. Orang yang x tau makna maruah dia akan menggato macam2 pasal orang.Dia cakap kita bacul? kalau dia 2 handal dan kuat kenapa dia x datang bersua dengan kita dan cerita ape yang tidak
Sekarang sape yang bacul sebenarnya? kita tidak pernah mencari musuh atau masalah dengan orang.

Orang yang suka cari masalah dengan kita. Walaupun aku jauh di perantauan tapi hati aku ni tetap dengan ASPS. Sebab dari situ aku telah mencapai ke tahap macam ni. Ingat la 1 perkara, anak2 ASPS akan sentiasa berada di hadapan bila ASPS ade masalah. Aku berterima kasih dengan bro aku yang buat kan aku smpai ketahap ni.

Jasa kau orang akan aku kenang. Kau orang jangan la risau. Selagi aku hidup aku akan pastikan orang yang nak gangu ASPS ni cuma berani dalam ni je. Aku tak nak cakap takbur. Fikir la sendiri pada orang yang punya iri hati terhadap orang lain. Aku sebagai anak jati
gemencheh akan sentiasa pantau orang2 yang iri hati ni.

Kalau dia nak jumpa sape dia orang yang bernama laut. Kau cari la aku kat kg sri asahan dan kau cerita ape yang kau tak puas hati dengan
keris merah ni. walaupun aku di perantauan, tapi hati dan jiwa aku masih di gemencheh. Kalau betul orang2 yang cakap budak silat ni bacul cuba kau tunjukkan kelakian kau.Aku x suka orang cakap belakang dan tunjuk kuat.

Setakat kau kenal nama kau dan kau x kenal sape dan di mana kau berada dalam diri jangan nak cakap kau 2 kuat. Ade yang lebih kuat diri kita. Aku x suka cari pasal dengan bangsa dan darah daging aku sendiri.Kau cari dan fikirkan la sape diri kau 2. Sedar la wahai hambanye.

dari laut

Tanpa Nama,  22 Mac 2012 pada 1:09 PTG  

hehe orang melayu ni memang suka bergaduh yer? melatah pun cepat. hehe kalau dah peringkat bawah pun macam ni..macam mana pula besok dah diberikan kedudukan di peringkat kat atas. apanyer punnn aduyaiii (johan raja lawak). - tgk komen pasai tajuk ni pun ada yang lari dari tajuk sebenar.dah sampai nak gaduh pasal silat lak.. (tu lah melayu). bro t tu isu kecik jer , takde kan angin masakan pokok bergoyang. kalau betul, mungkin ada sesuatu tindakan yang patut diambil untuk membetulkan keadaan (sekurang-kurangnya ada yang menegur) , kalau salah. jawab dengan sokongan hujah hujah berfakta (nampak lah lebih akademik sikit) supaya orang yang bangang sikit macam patik ni 2 kali yakin iaitu yang pertama setiap persoalan dapat di jawab dengan baik dan satu lagi yang menjawap tu kita yakin dengan kewibawaan dia. hehe ini tak. "hang ingat hang terrer, aku lagi terrer la. jom gaduh. aku ada silat. hang ada apa?" (gaduh sebab berebut pisang hari jumaat je pun) apadaaaaaa..

Tanpa Nama,  22 Mac 2012 pada 1:17 PTG  

maaf kengkawan,nak tanya kalau saya bukan kontraktor dan tak ada ilmu mempertahankan diri boleh masuk politik tak?. lagi satu saya tau buat kerja je bercakap macam best best ni tak pandai, kalau pandai bercakap pun saya nak cakap ngan sapa.sebab saya kawan je ngan sesapa.tak tau la cam mana nak berpuak puak ni .kalau tak boleh takpelah saya nak tanya pihak pembangkang lak.diorang bagi ke tak.

Catat Ulasan

Tags

Site Info