MESYUARAT PROGRAM SAMBUTAN TAHUN BARU CHINA 2010

Sabtu, 30 Januari 2010

Tarikh : 29 January 2010
Tempat : Balairaya Kg Tenai Air Gelugor
Masa : 8.30 malam



Read more...

Usaha Gagalkan 1 Malaysia?

Rabu, 27 Januari 2010


Empat kepala babi diletak di dua masjid


KUALA LUMPUR: Empat kepala babi bersama wang tunai diletakkan di dua masjid di sini awal pagi tadi.

Masjid terbabit ialah Masjid Imam At-Tirmizi di Taman Seri Sentosa dan Masjid Jumkuriah Taman Dato' Haron di Petaling Jaya.

Masing-masing dua kepala dengan wang tunai RM35 dan RM40 diletakkan di setiap masjid berkenaan.

Petikan dan Gambar dari Berita Harian Online

Komen kami:-

  1. Nah sekarang kepala babi pula di Masjid.Sebelum ini surau dan gereja di bakar.Cuba kita kaji secara teliti.Kenapa ini berlaku?Adakah disebabkan rakyat Malaysia tidak mahu menghormati agama dan bangsa masing masing?Atau ada pengkhianat negara yang ingin mencetuskan ketidak harmonian di antara rakyat Malaysia.
  2. 1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum,berteraskan nilai nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.Bukan satu dasar Baru yang terpisah dari Kerajaan Barisan Nasional tetapi lebih merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan,ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia.
  3. Jika perpaduan tidak dapat dicapai,maka keadaan negara akan menjadi lebih buruk lagi.Ekonomi bakal terganggu malah keamanan negara mungkin tidak dicapai.
  4. Bayangkan jikalau perkara ini terus berlaku,umat Islam mungkin akan membenci agama lain,dan agama lain pula akan memandang serong ke atas umat Islam.
  5. Maka rakyat Malaysia tidak akan mungkin bersatu,dan kesempatan ini bakal diambil oleh penjajah dan penyamun haprak.
  6. Kita ambil sahaja sejarah Melaka,sejarah telah membuktikan bahawa akibat rakyat Melaka yang tidak bersatu menyebabkan Melaka telah di jajah.
  7. Justeru itu, umat Islam dan Melayu khususnya haruslah berhati hati dengan pengkhianat negara ini.Mereka cuba mengambil kesempatan di atas kesensitivitian umat Islam dan Melayu.

Read more...

Semakin Ramai Kurang Ajar!!!

Isnin, 25 Januari 2010


Semakin ramai blogger yang kurang ajar.Kali ini dari blog GUTTER MALAYSIA.Malah ramai juga pengkomen pengkomen yang kurang ajar,dan menghina Allah sebagai Tuhan yang maha esa.

Lihat sahaja pengkomen yang menggunakan nick yanawala.Di sini ada imej dari blog tersebut.





Saya percaya dan yakin ini adalah penyokong penyokong Pakatan Rosak yang ingin menggagalkan visi 1 Malaysia.

Sikap kurang ajar dan tidak bertanggung jawab ini boleh mencetuskan ketegangan antara kaum.Maruah agama, maruah raja semakin diinjak injak, dan semakin ramai pula umat Melayu Islam yang menyokongnya.

Persoalannya kenapa ini berlaku?Jawapan yang cukup mudah sebenarnya.Ini adalah strategi Anwar Ibrahim yang cuba memecah belahkan umat Melayu dan Islam agar dari kaum majoriti yakni pengundi majoriti menjadi minoriti kerana kurangnya semangat bangsa dan agama.

Seandainya umat Melayu Islam masih tidak sedar lagi,nescaya dan saya percaya manusia yang berbangsa Melayu dan Islam pasti akan merempat di Tanah Air mereka sendiri.

Sekian,wasalam.















Read more...

Nik Aziz Terkejut?

Ahad, 24 Januari 2010

Nik Aziz terkejut pemimpin Pas gagal tunjuk ciri Islam

Petikan Dari Berita Harian

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, terkejut dengan sikap sebilangan pemimpin parti itu di Kelantan yang gagal menunjukkan ciri keislaman seperti yang dilaungkan parti.

Beliau berkata, dalam satu pertemuan dengan pemimpin Pas baru-baru ini, beliau ada mengedarkan borang mengandungi soalan mengenai kekerapan mereka dalam mengerjakan solat secara berjemaah, dhuha dan tahajjud.

"Dalam pertemuan dengan pemimpin Pas peringkat pertengahan itu, saya beri borang yang mengandungi soalan berikut iaitu kalau sembahyang jemaah, berapa kali dalam sehari; dhuha berapa kali dalam seminggu dan tahajjud berapa kali dalam sebulan.

"Jawapan yang diterima amat memeranjatkan, tidak sedap nyawa (sesak nafas), keadaannya seolah-olah menunjukkan ia tidak ada sebarang perubahan yang berlaku (dalam mengembangkan syiar Islam) di kalangan pemimpin Pas itu.


"Dalam lebih 200 orang terbabit dalam soal selidik itu, yang sembahyang jemaah ialah antara 14 atau 15 orang saja berbuat demikian; sembahyang dhuha jumlahnya rendah dan sembahyang tahajjud, lagi rendah," katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata demikian ketika merasmikan majlis penyampaian amanat dan angkat sumpah pelantikan penghulu negeri Kelantan 2010/2011, di Balai Islam, dekat sini, hari ini.

Hadir sama Timbalannya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Penghulu Kelantan, Datuk Ahmad Yakob. Dalam majlis itu seramai 758 penghulu dilantik bagi sesi 2010 hingga 2011 membabitkan 14 kawasan parlimen negeri ini.

Nik Aziz berkata, sebagai pemimpin masyarakat serta membawa perjuangan Islam, mereka seharusnya menunjukkan tauladan kepada masyarakat dengan memimpin umat Islam di kawasan mereka, khususnya dalam mengerjakan solat.

"Apabila didapati pemimpin yang memperjuang Islam tidak dapat melaksanakan tugas bercirikan Islam, ia sudah tentu memberi pandangan buruk kepada pihak terbabit selain parti," katanya.

Komen Kami:-

1. Dahulu Nik Aziz pernah mengatakan Umno membawa ajaran Islam plastik.Bagaimana pula dengan PAS.

2. Mengikut kiraan hanya 7.5 % sahaja dari "survey" tersebut yang rajin berjemaah sehari.

3. Bukankah berjemaah itu melatih kita untuk bersatu.

4. Adakah pemimpin PAS ini benar benar ulamak atau sibuk sangat asyik berceramah dan berpolitik hingga terlupa untuk bersolat jemaah.

5. Atau pemimpin PAS sekarang sibuk mencari harta dunia hingga lupa nak bersolat jemaah.

6. Benarkah PAS itu parti yang membawa konsep keIslaman dari parti mereka,atau parti itu hanya menggunakan agama untuk tujuan politik.

7. PAS juga sudah tidak lagi dengan konsep negara Islamnya.Mungkin PAS bukan lagi PAS yang dahulu.





Read more...

GEMENCHEH sasaran pembangkang?

Salam 1Malaysia.

1. Dun Gemencheh mempunyai 13870 pengundi pada pilihanraya 2008,dan telah dimenangi oleh BN pada 2008 sebanyak 3,241 undi.

2. Selepas Repah yang telah jatuh ke tangan DAP,Pakatan Rosak mensasarkan Gemencheh adalah DUN yang seterusnya.

3. Ini amatlah jelas dan dapat dilihat dalam sebuah blog pembangkang ini.



4. Kita dapat lihat dengan jelas, mereka bersungguh-sungguh untuk menawan Gemencheh.Sudah banyak program ceramah dibuat di Gemencheh.

5. Justeru itu, kami pemuda Umno Tampin menyeru kepada setiap Ketua Pemuda Cawangan agar dapat berkerjasama dengan kami untuk memberikan apa sahaja info tentang pergerakan pembangkang di Gemencheh khususnya.

6. Kami juga akan Gempur Gemencheh habis-habisan dan akan MERAMPAS BALIK DUN REPAH dari tangan DAP.InsyaAllah.


Read more...

Bila Sudah Tiada Adab

Salam 1Malaysia,



1. Rasanya makin ramai rakyat Malaysia sudah lupa rukun negara.Mungkin rukun negara ini hanya dibaca dan diingat hanya waktu sekolah sahaja.

2. Rasanya juga sudah semakin ramai umat Islam yang sudah hilang adab,hinggakan raja dimaki dan dikutuk tanpa was was.

3. Dan apa yang lebih menyedihkan lagi yang mengutuk itu adalah berbangsa Melayu dan beragamakan Islam,dan sayugia diingatkan Raja mereka berbangsa Melayu dan beragama Islam.

4. Adakah ini ciri ciri penyokong parti yang dikatakan membawa konsep Islam dalam parti mereka,atau hanya menggunakan nama Islam untuk agenda mereka.

5. Jadi para sahabat,para pejuang Islam,pejuang Bangsa..anda fikirkan..




sila klik imej untuk lebih jelas.

Takziah untuk Rakyat Johor atas kemangkatan Sultan Mereka.Semoga roh baginda dicucuri rahmatNya.Marilah kita bersama-sama menyedekahkan Al-Fatihah.Al Fatihah.

P/S Link ini sudah pun telah di delete oleh Blogger tersebut kerana banyak laporan polis telah dibuat.

Read more...

Sekalung Tahniah

Salam 1Malaysia,

Rasanya masih belum terlambat untuk Pemuda Umno Tampin mengucapkan tahniah buat Timbalan Ketua Umno Bahagian yang telah bergelar Datuk.Ini menunjukkan kepimpinan beliau dan jasa beliau telah diberi penghargaan.

Juga tak lupa kepada Ketua Wanita Umno Bahagian Tampin merangkap ADUN Gemas dan Exco Kerajaan Negeri Sembilan,yang telah menerima gelaran Datuk sempena Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan tempoh hari.

Sekalung Tahniah ! Semoga dengan gelaran "Datuk" ini kedua dua tokoh pemimpin masyarakat Tampin ini dapat membawa masyarakat tampin ke arah kemakmuran dan pembangunan yang lebih baik.

Read more...

Tags

Site Info